Friday, 13 March 2009

IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL

(Perlindungan Rawatan Hospital & Pembedahan Berlandaskan Syariah)

Insan kadang-kadang berhadapan dengan risiko yang tidak diingini yang berkaitan dengan kesihatan dan memerlukan rawatan segera. Pelan IKHLAS MEDIC-ASSIST TAKAFUL menawarkan perlindungan kepada pembiayaan kos rawatan dan pembedahan di hospital bagi setiap peserta.

PELAN-PELAN RIDERS YANG DITAWARKAN

Pelan-pelan RIDER Takaful direkacipta bagi memenuhi keperluan perlindungan individu yang berbeza-beza keperluannya. Pelan-pelan ini dapat menyempurnakan pelan-pelan asas takaful yang diambil oleh peserta.

Walaupun pelan-pelan RIDER adalah pelan sampingan dan bersifat optional, namun tuan/puan digalakkan untuk mendapatkan nasihat yang menyeluruh daripada perunding Takaful yang sah dan berkelayakan supaya keperluan perlindungan Takaful tuan/puan dapat dipenuhi.

Term Rider
Critical Illness Rider
Accidental Death & Disability Rider
Hospital Benefit Rider
Immediate Death Expense Rider
Waiver of Contribution Rider
Payor Savings Rider
Family Income Rider
Regular Top-Up Rider


Senarai 40 Penyakit Kritikal yang dilindungi:

IKHLAS WANITA TAKAFUL

(Pelan perlindungan beserta simpanan berlandaskan syariah yang komprehensif khusus untuk wanita)

Pelan IKHLAS Wanita Takaful direkacipta komprehensif khas untuk wanita bagi meniti kehidupan moden yang semakin mencabar. Ia dibuka penyertaannya bagi peserta yang berumur 16 tahun sehingga 50 tahun. Tempoh perlindungan adalah maksima sehingga peserta tersebut berumur 65 tahun.

Terdapat 4 pilihan pelan untuk dipilih oleh peserta sesuai dengan keperluan dan kemampuan peserta tersebut.

Pelan-pelan RIDER boleh ditambahkan kepada pelan ini seperti term, critical illness, hospital benefit, accidental death & disability, waiver of contribution dll.

IKHLAS EDUCATION TAKAFUL CLASSIC

(Pelan Perlindungan Beserta Simpanan Berlandaskan Syariah Untuk Pendidikan Anak)

Pelan pendidikan dan perlindungan anak ini terbuka penyertaannya kepada anak yang berumur dari 30 hari hingga 12 tahun. Maksimum penyertaan bagi pelan ini adalah sehingga anak berumur 23 tahun (UHAD).

Antara manfaat pelan IKHLAS Education Takaful Classic:

* Manfaat simpanan pada akhir tempoh matang. Ia adalah perancangan yang bijaksana dalam menyediakan dana pendidikan lanjut anak-anak.
* Pengecualian caruman sekiranya pembayar meninggal dunia, hilang upaya kekal menyeluruh atau mengidap salah satu penyakit kritikal yang dilindungi.
* Manfaat perlindungan peserta (anak) akibat kematian & hilang upaya kekal menyeluruh.
* Jumlah sumbangan yang fleksibel.
* Pengeluaran sebahagian wang tunai.
* Penambahan kadar sumbangan.
* Pilihan RIDER tambahan untuk peserta (anak) seperti term, critical illness, hospital benefit, accidental death & disability dll.
* Pulangan pelaburan yang lebih baik.
* Anugerah Kecemerlangan Akademik (RM100 bagi setiap A, dengan syarat minimum UPSR:5A, PMR:7A, SPM:7A)

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL

(Pelan Perlindungan Beserta Simpanan Berlandaskan Syariah Untuk Semua)

Pelan Simpanan & Perlindungan ini direkacipta untuk peserta berumur 30 hari hingga 60 tahun. Simpanan & perlindungan maksimum sehingga umur 75 tahun.

Antara manfaat pelan IST:

* Manfaat perlindungan akibat kematian & hilang upaya kekal menyeluruh.
* Manfaat simpanan pada akhir tempoh matang.
* Jumlah sumbangan yang fleksibel.
* Pengeluaran sebahagian wang tunai.
* Penambahan kadar sumbangan.
* Pilihan RIDER tambahan untuk peserta seperti term, critical illness, hospital benefit, accidental death & disability, waiver of contribution dll.
* Pulangan pelaburan yang lebih baik.

Thursday, 12 March 2009

Takaful Ikhlas - Perlindungan & Simpanan

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

Dalil Kerjasama

Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain.(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

Dalil Tanggungjawab

Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam al- Bukhari dan Imam Muslim)
Muslim yang sebenar (Mu'min) dengan Muslim yang lain (Mu'min) diibaratkan seperti bangunan di mana setiap bahagian menyokong bahagian yang lain. (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Dalil Saling Melindungi

Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad) Berasaskan hadith di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.

Memahami Kontrak Takaful

Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis 'Aqad (kontrak). Ianya adalah kontrak Tabarru' (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta

Jika anda memerlukan perlindungan dan juga simpanan, Takaful Ikhlas lah penyelesaiannya. Jika ingin keterangan lebih lanjut mengenai skim yang ditawarkan sila hubungi Agen Takaful anda.... Wak Em!

WAK AGEN TAKAFUL IKHLAS

Takaful Consultant Life & General :
MD EMRAN BIN SAIDI
Bac. Edu. Electrical Engineering
012-6103619
waktopup07@yahoo.com